Setiap orang wajib membayar cukai tidak kiralah penduduk negara mana pun. Sebagai rakyat Malaysia, kita juga bertanggungjawab untuk membayar cukai dan janganlah ada daripada kita yang culas membayar cukai.
Cukai amat penting bagi perbelanjaan pembangunan sesebuah negara.
Artikel ini bukanlah bertujuan untuk mengajar anda untuk tidak membayar cukai namun ingin berkongsi dengan anda bagaimana cara untuk kurangkan bayaran cukai. Hal ini kerana, sebenarnya masih ramai yang belum tahu yang banyak perkara yang mempunyai pelepasan cukai.
Namun, tidak semua orang tahu mengenai ini dan mereka pun membayar cukai pada amaun yang tinggi.
Mari lihat contoh di bawah.
Menurut data Financial Health Check, individu seperti yang tertera di bawah perlu membayar Potongan Cukai Berkala berjumlah RM 2,700 setiap bulan.
Jumlah tersebut merupakan jumlah yang sangat besar yang perlu dibayar setiap bulan. Sekiranya individu tidak melakukan perancangan cukai secara cekap, wang ini akan dibayar kepada lembaga sahaja.
Cara untuk membuat perancangan adalah seperti berikut:
1. Mengenalpasti gaji berdasarkan tax bracket
Individu seperti yang tertera di bawah yang memiliki gaji sebanyak RM 22,000 sebulan dengan PCB RM 2,700 berada di dalam kategori G dengan julat pendapatan daripada RM 100,001 – 400,000. Oleh itu, kadar cukai yang dikenakan adalah 25%.
Cukai yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 50,400.
Jumlah ini boleh sahaja terus digunakan untuk membayar zakat berjumlah RM 50,400. Hal ini kerana, zakat layak mendapat rebat cukai sebanyak 100%.
Hal ini bermakna, kita tidak perlu lagi membayar cukai RM 50,400 jika telah melunaskan zakat.
2. Mengambil semua Pelepasan Cukai yang layak
Sekiranya individu hanya layak untuk mengambil ;
- Pelepasan Diri – RM 9,000
- Yuran Pengajian – RM 7,000
- Caruman SOCSO – RM 350
- Caruman KWSP – RM 4,000
- Takaful Perubatan – RM 3,000
- Takaful Hayat – RM 3,000
- Skim Persaraan Swasta – RM 3,000
- SSPN – RM 8,000
- Kereta EV – RM 2,5000
- Gaya Hidup – RM 3,000
- Penyusuan – RM 1,000
- Anak <18 tahun – RM 2,000
- Taska – RM 3,000
- Anak >18 tahun – RM 2,000
- Anak IPT – RM 8,000
Jumlah pelepasan cukai adalah RM 58,850.
3. Julat pendapatan tolak pelepasan cukai
Dalam kes individu ini, jumlah pendapatan tahunan individu ini adalah RM 264,000. Oleh itu, amaun ini perlu ditolak dengan pelepasan cukai RM 58,580. Pengiraan adalah seperti berikut:
RM 264,000 – RM 58,580 = RM 205,420
Amaun RM 205,420 ini melebihi julat RM 100,001.
RM 205,420 – RM 100,000 = RM 105,420
Pendapatan yang layak dikenakan cukai adalah RM 105,420.
4. Tentukan cukai yang perlu dibayar
RM 105,420 darabkan dengan kadar cukai 25%.
RM 105,420 x 25% = RM 26,355
Amaun di atas adalah jumlah cukai yang perlu dibayar dalam tempoh setahun. Secara bulanan, bayaran adalah sebanyak RM 2,196.
Sudah terang lagi bersuluh, sekiranya kita mengutamakan dahulu keperluan diri yang ada dalam pelepasan cukai, sekurang-kurangnya masa depan kita terjamin. Sebagai contoh, KWSP, PRS dan Takaful.
Penjimatan cukai pula adalah sebanyak 55%. Amaun ini boleh dikurangkan lagi bergantung kepada status sosial dan juga risk profile.