Dalam artikel sebelum ini iaitu Kembangkan Dana Pendidikan Anak Di Empat Tempat Ini, saya telah kongsikan alat pelaburan untuk wujudkan dana pendidikan untuk anak. Itu telah selesai. Sekarang kita hendak tahu pula cara untuk mencari sumber dana tersebut.
Persoalannya sekarang di mana kita boleh cari?
Di sini saya tunjukkan 3 jalan utama untuk anda usahakan.
Pertama
Small change atau pun duit baki. Sebelum itu, saya harap anda tidak pandang remeh dengan cadangan ini.
Dana dari sini mungkin ramai yang terlepas pandang. Ini kerana sangat ramai yang tidak pun terfikir mengenai duit baki. Maka sebab itulah duit baki kita biasanya bersepah di dalam rumah.
Untuk memudahkan urusan simpanan anda, saya syorkan untuk memuat turun aplikasi Raiz. Aplikasi Raiz ini akan menghubungkan akaun simpanan anda secara automatik.
Dengan menggunakan Raiz, setiap baki kecil seperti 20 sen daripada perbelanjaan harian anda akan dikumpulkan dan disimpan sebagai dana tambahan. Ini adalah cara mudah dan bijak untuk menambah simpanan tanpa perlu melakukan banyak usaha.
Jangan lupa dekat peribahasa sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Kedua
Sumber kedua, terdapat banyak pilihan sebenarnya. Antaranya adalah:
- Duit Raya
Setiap tahun, anda mungkin dapat mengumpulkan duit raya untuk anak-anak sebanyak RM 1,000, bukan? Pada masa sekarang, duit raya anak-anak lebih banyak berbanding zaman kita dahulu.
- Duit Hasil Kitar Semula
Jika anda rajin memasak dan suka mengitar semula, ini merupakan salah satu sumber yang jarang dipertimbangkan. Bayangkan jika setiap kali mengitar semula anda dapat mengumpul RM 100. Itu sebenarnya jumlah yang banyak.
- Duit Bonus
Untuk menguruskan ini dengan baik, anda perlu mempunyai perancangan kewangan yang kukuh. Ini supaya dana pendidikan anak dapat dimasukkan dalam belanjawan anda. Jika tidak, mungkin anak-anak tidak mempunyai peruntukan untuk masuk universiti nanti.
- Duit Lebihan Cukai PCB
Untuk mengoptimumkan kewangan anda, susunlah cukai dan zakat setiap tahun, biasanya bermula pada Januari. Ini dapat membantu anda mengelakkan kerugian peluang.
Ketiga
Sejujurnya, tidak ramai orang yang menyediakan dana pendidikan untuk anak-anak. Ini kerana ramai daripada kita tidak mengutamakan dana pendidikan sebagai keutamaan.
Malahan, dana persaraan untuk diri sendiri juga sering diabaikan, apatah lagi untuk anak-anak.
Oleh itu, tidak ramai yang memperuntukkan sekitar RM 300 hingga RM 1,000 sebulan untuk anak-anak. Kebanyakan akan membiarkan anak-anak bersaing dengan anak-anak lain untuk mendapatkan biasiswa yang semakin sengit persaingannya. Secara tidak langsung ia akan mengehadkan peluang untuk anak untuk memilih jurusan yang dihajatinya kelak.
Jika anda belum lakukan mana-mana perkara di atas maka bertindaklah daripada sekarang. Perancangan daripada sekarang akan memudahkan kehidupan anak anda apabila mereka menyambung pelajaran kelak.