Selamat datang ke artikel cara nak kurangkan bayaran cukai bahagian 3. Sebelum anda terus membaca artikel ini, jemput juga baca artikel yang berkaitan sebelum ini.
Baca: Cara kurangkan bayaran cukai (Bahagian 1)
Baca: Cara kurangkan bayaran cukai (Bahagian 2)
Dalam bahagian ketiga ini, kita akan melihat case study bagi pengecualian cukai di Pelabur Mangkin Bertauliah berbanding di Equity Crowd Funding, ECF yang telah dibincangkan di Bahagian 2.
Pertama, anda perlu melayakkan diri untuk mendaftar sebagai seorang Pelabur Mangkin Bertauliah atau dalam bahasa Inggeris, Certified Angel Investor.
Syarat-syaratnya adalah:
- High Net Worth Individual – mempunyai aset bersih berjumlah RM 3 juta
- High Income Earner – mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM 180,000 (bersamaan RM 15,000 sebulan)
Adakah anda menepati ciri-ciri di atas? Jika ya, maka anda layak menjadi seorang angel investor.
Kedua, syarat kelayakan pelaburan adalah:
- pelaburan tidak boleh dilupuskan dalam masa 2 tahun
- amaun pelaburan tidak kurang daripada RM 5,000 dan tidak lebih daripada RM 500,000
- start-up yang berdaftar sahaja layak untuk mendapat pengecualian cukai
Ketiga, pelaburan yang dibuat mendapat 100% pengecualian cukai. Sebagai contoh, jika anda melabur RM 100,000 ke dalam syarikat start-up, anda layak mendapat RM 100,000 sebagai pengecualian cukai. Menarik bukan?
Pelaburan anda berpotensi berlipat kali ganda sekiranya syarikat start-up tersebut berjaya. Namun, anda juga harus beringat bahawa pelaburan dalam start-up juga amat berisiko dan banyak sahaja start-up yang tidak berjaya.
Kira-kira cukai
Kita akan gunakan contoh yang sama seperti di bahagian 2. Disebabkan had pelaburan adalah RM 500,000, amaun yang boleh dikecualikan cukai adalah tinggi di sini.
Terpulang pada kalian ingin melabur berapa banyak, namun untuk pemahaman yang jelas, tujuannya adalah untuk menurunkan kadar cukai 25% kepada 19%. Hal ini kerana, tidak ingin membataskan kehidupan client dan tidak banyak melabur sehingga mengganggu kehidupannya.
Jadi cukai yang perlu dibayar adalah:
RM 264,000 – RM 58,850 – RM 106,000 = RM 99,150
Bagi menurunkan daripada kategori G kepada F, kita perlu melabur sebanyak RM 106,000.
Amaun RM 99,150 ini kurang daripada julat RM 100,001. Jadi kira-kiranya adalah seperti berikut:
RM 99,150 – RM 70,000 = RM 29,150.
Pendapatan yang layak dikenakan cukai adalah RM 29,150.
Tentukan cukai yang perlu dibayar
Ambil RM 29,150 dan darabkan dengan kadar cukai 19%.
RM 29,150 x 19% = RM 5,538.50
RM 5,538.50 + RM 3,700 = RM 9,238.50
Amaun di atas adalah jumlah cukai yang perlu dibayar dalam tempoh setahun. Secara bulanan adalah RM 769.86.
Penjimatan
Berbanding dengan pelaburan di ECF sebelum ini, jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM 32,438. Pengurangan sebanyak 71.52%!
Oh ya, sekiranya anda seorang angel investor dan memerlukan khidmat nasihat seorang Financial Planner maka bolehlah berhubung dengan saya.