Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Cara kurangkan bayaran cukai (Bahagian 2)

Posted on August 24, 2024August 24, 2024 by RC

Sudah baca artikel sebelum ini? Jika belum jemput baca: Cara kurangkan bayaran cukai (Bahagian 1)

Dalam bahagian ini, saya akan menunjukkan cara bagi mengurangkan bayaran cukai bagi pembayar cukai yang berada dalam kadar cukai 25%.

Sebelum itu, kita akan mengimbas kembali artikel bahagian pertama;

  1. Gaji: RM 22,000 sebulan
  2. Pendapatan Tahunan: RM 264,000
  3. PCB: RM 2,700
  4. Bayaran cukai: RM 50,400
  5. Pelepasan cukai: RM 58,850

Bagi pengetahuan semua, ini merupakan pengecualian cukai yang diberikan kepada para pelabur ECF. Ia merupakan satu bentuk pelaburan ke dalam company start-up di mana kebanyakan syarikat ini mempunyai kadar kegagalan setinggi 90%.

Oleh itu, bagi membolehkan orang ramai untuk sampai ke tahap pelaburan ECF, adalah sangat dinasihatkan untuk melakukan pelaburan di UT, Stock Market, Cryptocurrency dan P2P terlebih dahulu.

Pendahuluan

Bagi membolehkan anda untuk mendapat pengecualian cukai, terdapat dua jenis taraf dalam Pelabur Mangkin atau lebih dikenali sebagai Angel Investor.

Pertama sekali, anda perlu mendapatkan khidmat nasihat Financial Planner. Hal ini kerana, pelaburan di sini adalah dikhaskan kepada Sophisticated Investor. Tiada prospektus disediakan. Oleh itu, anda perlu mempelajari dengan sendiri mengenai:

  • Financial Statement
  • Cashflow
  • Market
  • Projection
  • Founder

Analisa yang perlu dibuat tidak semudah Financial Analysis, seperti yang kita lakukan bagi saham mahupun IPO.

You need to put the skin into the game.

Bahagian Cukai

Bagi membolehkan anda untuk mendapat pengecualian cukai, anda perlu:

  • Melabur di dalam ECF tidak melebihi amaun RM 50,000
  • Perlu melabur sekurang-kurangnya 2 tahun
  • 50% pengecualian cukai
  • Terhad kepada 10% daripada pendapatan agregat
  • Pengecualian cukai diberikan pada tahun ketiga

Jadi, untuk pelaburan di ECF, kita mengehadkan mengikut kemampuan individu yang bergaji RM 22,000 sebulan.

Bagi individu ini, bahagian had 10% daripada pendapatan agregat, bersamaan dengan RM 26,000. Jadi, kita akan hadkan pelaburan ke dalam ECF sehingga RM 26,000 sahaja.

Kira-kira Cukai

Disebabkan had pelaburan hanyalah RM 26,000 sahaja, amaun yang boleh dikecualikan cukai adalah RM 13,000 sahaja. Jumlah cukai yang perlu dibayar adalah:

RM 264,000 – RM 58,850 – RM 13,000 = RM 192,150

Amaun RM 192,150 ini melebihi julat RM 100,001. Oleh itu, pengiraannya adalah seperti berikut:

RM 192,150 – RM 100,000 = RM 92,150

Pendapatan yang layak dikenakan cukai adalah RM 92,150.

Tentukan cukai yang perlu dibayar

Ambil RM 92,150 dan darabkan dengan kadar cukai 25%.

RM 92,150 x 25% = RM 23,038

RM 23,038 + RM 9,400 = RM 32,438.

Amaun di atas adalah jumlah cukai yang perlu dibayar dalam tempoh setahun. Secara bulanan, bayaran adalah sebanyak RM 2,703.

Penjimatan

Berbanding tanpa pelaburan di ECF sebelum ini, jumlah cukai yang perlu dibayar adalah RM 35,755. Pengurangan adalah sebanyak 9.28%.

Penambahan aset pelaburan

Sekarang, tool pelaburan anda telah bertambah kepada 4 jenis berbanding 3 jenis sebelum ini. Anda sudah mempunyai pelaburan di dalam:

  • KWSP
  • SSPN
  • PRS
  • ECF

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Cara nak kurangkan bayaran cukai – (Bahagian 3)
    Date
    August 24, 2024
  • Cara kurangkan bayaran cukai (Bahagian 1)
    Date
    August 24, 2024
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
    Date
    August 25, 2024

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme