Jika kita amati kebanyakkan tangga gaji yang dinikmati oleh lepasan ijazah Sarjana Muda di Malaysia adalah sekitar RM 1,800 sehingga RM 4,500. Ini bergantung kepada industri, saiz syarikat dan juga perkhidmatan yang ditawarkan. Kami akan mengulas yang berdasarkan kepada pasaran kerja minyak & gas di Malaysia dan juga negara Brunei Darussalam.
Sepanjang pemerhatian kami didapati kebanyakkan jurutera di Malaysia boleh dikelaskan sebagai ‘underpaid’.
Mari kita ambil kajian kes diantara syarikat persisiran pantai Dayang Enterprise Sendirian Berhad dan juga syarikat gergasi kejuruteraan dari Norway iaitu Aker Solutions.
Pemerolehan perjanjian yang berskala tinggi
Pada tahun 2012, Aker Solutions telah memenangi perjanjian ‘Maintenance, Modification & Operation, MMO’ [1] daripada Brunei Shell Petroleum yang bernilai USD 400 juta (bersamaan RM 1.7 billion). Ini adalah penyertaan pertama kali syarikat Aker Solutions, MMO ke Asia Tenggara untuk membaik pulih pelantar minyak sedia ada di perairan Laut China Selatan.
Manakala Dayang Enterprise Sendirian Berhad pula pada tahun 2013 telah memenangi kontrak ‘Hook Up Construction & Commissioning, HUCC’ daripada Petronas Carigali [2] yang bernilai MYR 1.5 billion. Ini tidak termasuk kontrak bernilai MYR 2 billion dan MYR 300 juta yang dimenangi melalui bidaan projek Shell di Sarawak dan Murphy Oil. Tidak perlu diperkenalkan lagi kontraktor tempatan ini, mereka sudah sinonim dengan dunia huluan.
Walaupun secara dasarnya latar belakang kedua-dua syarikat ini sedikit berbeza di mana hanya Aker Solutions yang mempunyai kebolehan kejuruteraan, namun kedua-dua syarikat ini telah memenangi perjanjian yang hampir sama [3]. Jadi, adalah munasabah untuk membandingkan gaji pekerja di syarikat ini.
Walaupun secara dasarnya latar belakang kedua-dua syarikat ini sedikit berbeza di mana hanya Aker Solutions yang mempunyai kebolehan kejuruteraan, namun kedua-dua syarikat ini telah memenangi perjanjian yang hampir sama [3]. Jadi, adalah munasabah untuk membandingkan gaji pekerja di syarikat ini.
Gaji yang tidak setimpal
Menurut Glassdoor, lepasan ijazah Sarjana muda diambil bekerja di Dayang Enterprise Sendirian Berhad hanya mampu meraih pendapatan secara purata sebanyak MYR 1 900 sehingga MYR 2 000. Manakala dengan pengalaman kerja 2 hingga ke 3 tahun bekerja mereka mampu meraih MYR 2 500 sehingga MYR 3 500.
Ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti:
- penawaran dan permintaan
- pengalaman kerja
- kemahiran berunding individu (semasa temuduga)
- keadaan ekonomi semasa
Berdasarkan kepada graf di bawah ini didapati lebih separuh jumlah siswazah mendapat gaji kurang daripada RM 2,000 selepas tamat pengajian. Angka ini sangat membimbangan kerana kos pengajian terus meningkat saban tahun.
Secara tidak lansung ‘Return on Investment’ daripada pinjaman pendidikan mahupun biasiswa semakin mengecil serta menunjukkan bahawa pengajian ke peringkat Sarjana Muda tidak berbaloi untuk diteruskan.
Di Brunei, dengan pengalaman kerja yang hampir sama, seorang Jurutera mampu meraih pendapatan secara purata sebanyak 1.5 BND lebih daripada Dayang Enterprise Sendirian Berhad. Secara mutlaknya adalah 4.5 kali ganda lebih jika gaji mereka ini dibandingkan.
Mengambil kira kemahiran dan tanggungjawab yang telah di amanahkan kepada seorang pekerja oleh majikannya dapat disimpulkan bahawa beban dan ‘accountability’ kerja mereka ini adalah lebih kurang sama sahaja.
Momokan ‘Senior’
Ini berlaku kerana rakyat Malaysia kurang keyakinan diri dan tiada penyatuan diantara Jurutera di Malaysia. Kita telah biasa dimomokkan dengan:
‘alah, biasalah lah bro. Bersyukur dengan rezeki Allah SWT’.
Tunggu dulu! Saya tidak akan mengaitkan dengan latar belakang kepercayaan anda. Bersyukur tidak bertempat adalah salah satu kata-kata hikmat yang terus-menerus diturunkan kepada satu generasi kepada satu generasi yang lain tanpa usul periksa (iyalah ‘curiousity will kills the cat’). Kita hilang punca dan tidak mengetahui nilai harga diri.
Ditambah pula dengan kata-kata hikmat yang kedua:
‘alah, ambil aje kerja apa-apa. Tak semestinya engineering kena kerja engineering. Ko nie, kolotlah’.
Maka bertambah menunuduklah kita seperti tunduknya sang padi menyembah bumi kerana ‘otai’ telah menasihati kita sedemikian rupa tanpa mengambil langkah proaktif untuk terus bertanya dan membaca.
‘Power distance‘ paling tinggi di dunia!
‘Power distance’ juga memainkan peranan. Apakah maksudnya?
'Power distance is the degree to which less powerful members of institutions and organizations accept that power is distributed unequally' [4] In Asia, Power Gets in the Way
Perkara ini telah berlaku semenjak dari zaman colonial lagi. Di mana pembahagian kuasa yang melampau ini terjadi melalui sistem feudal Melayu dan dipengaruh oleh penjajah Inggeris. Sebagai akibatnya, budaya Melayu sangat menghormati sistem kelas berpangkat yang rumit dan ‘orang biasa’ cenderung untuk memberi kuasa kepada mereka di bahagian atas organisasi.
Gaji mendatar bertahun lamanya!
Ini merupakan salah satu faktor utama di Malaysia yang mana julat tangga gaji adalah mendatar sejak berdekad lamanya untuk siswazah Sarjana Muda. Majikan mengambil kesempatan ke atas ‘inferiority’ rakyat Malaysia. Ini bersesuaian dengan laporan oleh Bank Negara Malaysia seperti di bawah. Malahan pada tahun 2009, gaji Jurutera Petronas juga turut kekal sama berbanding 2015 iaitu MYR 3 500 [4]
Peluang pekerja berkemahiran tinggi yang terhad menyumbang kepada pengangguran
Angka pengangguran dan jumlah para siswazah yang menamatkan pengajian menambah burukkan keadaan ini. Menurut perangkaan dari Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2016, sebanyak 283 627 siswazah telah menamatkan pengajian [5].
Angka ini jelas menunjukkan sekurang-kurangnya Kerajaan perlu mewujudkan lebih kurang 300 000 peluang pekerjaan baharu pada setiap tahun. Ini merupakan tanggungjawab utama Kerajaan terpilih untuk melestarikan ekonomi negara. Hasil penyelidikan oleh Bank Negara mendapati kurang daripada 12 000 peluang pekerjaan diwartakan di Jobstreet sepanjang 2012 hingga 2016. Manakala didapati hanya 64 120 peluang pekerjaan baru [6] dijana berdasarkan data yang diperolehi dari MIDA.
Apakah status IR 4.0 di Malaysia?
Walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam ekonomi Malaysia masih tertumpu pada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana. Ini kerana industri dalam negara masih lagi dalam aktiviti nilai tambah yang rendah. Dimana yang menekankan kecekapan kos dan pergantungan kepada tenaga kerja yang murah, dan bukannya menggalakkan aktiviti inovasi sebagai sumber pertumbuhan. Ekonomi Malaysia juga terus berdepan cabaran untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi yang boleh mewujudkan lebih banyak pekerjaan bergaji dan berkemahiran tinggi bagi tenaga kerja tempatan.
Pembahagian keuntungan syarikat yang tidak adil
Manakala Institut Penyelidikan Khazanah Nasional [7]pula melaporkan bahawa pendapatan syarikat dan gaji pekerja adalah tidak setimpal dengan jumlah keuntungan syarikat yang dijana oleh para pekerjanya. Jika kita melihat gaji KDNK, nisbah sekarang adalah sekitar 33%. Ini bererti hanya 33% pergi kepada upah pekerja manakala 67% kepada syarikat sebagai keuntungan. Petunjuk ini jelas menggambarkan keadaan yang parah terhadap gaji rakyat di Malaysia
Jika Khazanah Nasional [8] berjaya menurunkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat GLC, maka perkara yang sama juga dapat dilaksanakan kepada para pekerja. Pakej gaji yang besar (setimpal dan bersesuaian dengan peranan serta tanggungjawab) adalah sumber motivasi bagi setiap pekerja. Jika perbezaan jurang ini berterusan (pasaran kerja tempatan dan luar negara) maka ianya dikhuatiri akan melemahkan semangat mereka yang tidak mendapat manfaat (gaji yang setimpal). Seterusnya menjadikan Malaysia kekurangan tenaga kerja yang diperlukan untuk membangunkan negara.
Jalan penyelesaian terbaik adalah kita memerlukan satu fenomena seperti di BP [9] di mana para pemegang saham tidak bersetuju menaikkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif nya ekoran pendapatan yang berkurangan.
Sumber:
- Aker Bags $400M Offshore Services Contract with Brunei Shell Petroleum
- Petronas Awards Major Offshore Hook-Up, Commissioning and Maintenance Contract
- Brunei Shell Petroleum – Maintenance and Modification Management Services
- Top jobs for fresh grads
- Kementerian Pengajian Tinggi, Laporan Kajian Pengesanan Graduan 2016
- MIDA, Malaysia Investment Performance Report 2016
- Khazanah Research Institute, The State of Households November 2014
- Reducing the remuneration gap in GLCs
- BP cut CEO’s pay package after shareholders backlash
- Dayang Enterprise Holdings Bhd Annual Report
- Malaysian Industrial Development Finance Berhad
- Bank Negara, Laporan Tahunan 2016
- In Asia, Power Gets in the Way