Sebelum ini saya telah menulis berkenaan ‘Kenapa Financial Health Check Penting Untuk Anda?’. Dalam artikel tersebut saya ada cerita berkenaan dengan pendapatan. Ketika sesi financial health check bersama client, saya akan perhatikan berapa jenis pendapatan yang masuk setiap bulan.
Dalam artikel kali ini pula, saya ingin sambung menulis berkaitan dengan pendapatan.
Pendapatan
Saya akan kongsikan pengalaman saya sepanjang meneliti aliran tunai baik yang berbayar mahu pun untuk Financial Health Check. Kebanyakkan yang telah saya teliti, semuanya mempunyai 1 jenis punca pendapatan sahaja. Sebagai contoh, makan gaji atau pun berkerjaya sahaja.
Mahu ataupun tidak, Malaysia pada hari ini, kita memerlukan lebih daripada 1 punca pendapatan sebenarnya. Zaman hari ini dah tak sama dengan zaman Atok dan juga Nenek kita. Zaman sudah berubah dan semakin mencabar. Dulu, dengan beberapa bidang sawah padi boleh membesarkan 6 orang anak dan membenarkan isteri menjadi suri rumah. Ini contoh 50-60 tahun yang lepas.
Sekarang, kita memerlukan 2 pendapatan untuk menampung kos sara hidup isi rumah pada hari ini. Ini kerana gaji pada hari ini sudah tidak berdaya saing lagi. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, daripada perkongsian pendapatan yang diterima oleh majikan, hanya 37% sahaja dikongsikan kepada pekerja.
Jadi, apa yang kita boleh buat sekarang?
Pertama
Kenal pasti aliran tunai kita. Adakah perbelanjaan kita tergolong di dalam perkara asas, melengkapi atau pun kesempurnaan? Jika banyak kepada kesempurnaan, wajib untuk kita turunkan gaya hidup. Jika dahulu, kita sering membeli produk untuk bergaya dan minum kopi mahal, apa kata kita hentikan tabiat tersebut.
Kedua
Jika semua perbelanjaan isi rumah sudah pun diturunkan, tetapi masih tidak mencukupi, belanjawan perlu dibuat. Ya. Ini antara masalah yang dapat saya perhatikan. Sekitar 90% tiada belanjawan. Jadi, macam mana nak merancang aliran tunai dengan baik?
Ketiga
Tidak pasti sama ada anda perasan ataupun tidak, di media sosial orang selalu nasihatkan untuk lompat kerja bukan? Dengan lompat kerja kononnya anda akan dapat naik gaji dengan lebih cepat.
Jangan! Itu sangat berisiko tinggi.
Saya cadangkan cuba cari pendapatan kedua mahu pun ketiga terlebih dahulu. Itu lebih baik dan kurang berisiko. Pada zaman yang serba moden serta berteknologi tinggi kini, semakin banyak kerja yang boleh dibuat untuk dijadikan pendapatan kedua dan ketiga.
Soalnya hanya rajin atau malas sahaja.
Cuba bayangkan juruterbang dengan gaji RM 80,000 sebulan berbanding jurutera dengan gaji sebulan RM 20,000 yang mempunyai 3 jenis pendapatan sampingan. Sebagai contoh, bekerja sebagai seorang Perunding Amanah Saham dan juga Takaful. Gaji setiap satu mungkin RM 5,000. Kos sara hidup isi rumah hanya lah RM 10,000 sahaja sebulan.
Antara juruterbang dan jurutera, yang manakah lebih berisiko jika kehilangan pekerjaan?
Kesimpulan
Saya harap anda semakin jelas dan faham apa yang perlu anda buat selepas ini. Kalau tak pasti juga, boleh lah:
- Email saya directly
- Buat Financial Health Check
- Hadir mana-mana webinar
- Hire saya sebagai Financial Planner
Hubungi saya untuk bantu semak kedudukan kewangan dan membimbing anda.