Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, KWSP merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. Ditubuhkan pada 1951, KWSP membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan mereka selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.
Semua orang yang bekerja makan gaji sudah tentu mempunyai simpanan KWSP. Majikan wajib mencarum KWSP bagi pihak pekerja dan sebahagian daripada gaji pekerja juga akan ditolak untuk disimpan di dalam akaun KWSP.
Jika diperhatikan daripada kajian Thinking Ahead Institute, dana KWSP menduduki tangga pertama di Asia Tenggara, kelima di Asia dan 14 di dunia. Ini satu pencapaian yang memberansangkan berbanding dengan negara maju yang lain.
Ramai Tidak Mampu Melabur di Amanah Saham Melalui KWSP
Sebelum ini saya pernah menawarkan untuk membimbing sesiapa yang ingin melabur dalam Amanah Saham menggunakan EPF. Namun setelah mendapat respon dan maklumat yang diperlukan, rata-rata tidak mempunyai simpanan yang cukup atau pun lebihan simpanan sedikit sahaja. Perkara ini agak menggusarkan.
Jadi, di sini saya akan tunjukkan berapa simpanan yang patut korang kumpulkan di dalam KWSP pada tahun 2024. Rujuk Simpanan Asas KWSP di bawah. Angka berwarna merah adalah jumlah simpanan baru untuk mencerminkan inflasi 3% pada setiap tahun bermula tahun 2019.
Kali terakhir KWSP mengemaskini jadual dia atas adalah pada tahun 2019. Oleh itu, nilai yang berwarna merah ini adalah simpanan yang patut korang ada sekarang sebagai minimum pada tahun 2024. Ok. Sekarang apa yang patut dibuat jika simpanan asas/minimum ini tidak tercapai?
Begini caranya.
Pertama – Cari Tempat Kerja Baru
Saya ambil contoh, korang berusia 30 tahun pada tahun 2024. Simpanan asas di dalam KWSP sepatutnya berada sekitar RM 40,580. Tetapi, simpanan KWSP yang anda ada hanya RM 30,000 sahaja. Jumlah ini adalah tidak mencukupi dan boleh dikatakan agak sukar untuk bersara pada umur 60 tahun kelak.
Apa yang perlu kita buat?
Saya sarankan, korang cari tempat kerja baru. Gaji yang sedang korang terima mungkin sudah tidak berdaya saing lagi. Disebabkan kurangnya daya saing gaji yang diterima, maka ia juga menyebabkan simpanan KWSP tidak berada pada paras yang disasarkan.
Bab gaji tak berdaya saing boleh rujuk poster dibawah.
Setakat hari ini, perkongsian pendapatan yang diterima oleh pekerja hanya lah 37% sahaja. Gambar rajah di bawah menunjukkan perkongsian pendapatan di antara majikan dan pekerja.
Kedua – Salary Gap
Katakan lah korang betul-betul nak pindah, pastikan tempat kerja baru memberikan gaji yang berdaya saing. Tapi, macam mana nak tahu?
Korang berusia 30 tahun dan mempunyai pendapatan bulan sebanyak RM 4,000. Kalau korang mula bekerja pada tahun 2017 dengan gaji RM 2,500, ini bermakna gaji korang tidak berdaya saing sebanyak RM 2,800.
Pada usia 30 tahun, korang sepatutnya memperoleh gaji sebanyak RM 6,800. Ambil gaji sekarang tolak dengan gaji yang sepatutnya anda terima. Ini dipanggil sebagai Salary Gap.
RM 6,800 (diselerasakan dengan inflasi, 3%) – RM 4,000 = RM 2,800
Dah tahu salary gap masing-masing, barulah boleh cari kerja baru. Jika korang tidak pasti maka boleh rujuk dengan Financial Planner. Financial Planner bukan hanya menguruskan aset klien, tetapi juga menguruskan kehidupan kliennya seperti menentukan gaji berdaya saing kepada klien.
Ketiga – Selarikan Gaji Dengan Gaya Hidup Semasa
Sudah tahu salary gap kan? Sekarang baru lah kita boleh buat keputusan sama ada untuk:
- Tingkatkan pendapatan
- Tambahkan pendapatan
- Melabur sebanyak jumlah X setiap bulan
Sampai di fasa ini, korang seharusnya dah tahu apa yang patut dibuat. Pilihan di tangan kita sendiri. Ketiga-tiga pilihan di atas boleh dibuat. Terpulang kepada pilihan mana satu yang sesuai dengan diri kita sendiri. Saya harap anda jelas dan faham apa yang perlu anda buat selepas ini.
Akhir sekali, bila sudah buat keputusan diatas, jangan lagi tingkatkan gaya hidup. Jika korang masih buat begitu, sampai bila-bila lah akan terjerat di dalam rat-race.