Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Cara buka akaun Amanah Hartanah Bumiputera?

Posted on August 19, 2024August 19, 2024 by RC

Ramai yang masih belum mempunyai akaun AHB, walaupun saya ingatkan dah ramai yang ada. AHB telah dilancarkan sejak 20 Oktober 2010, iaitu hampir 14 tahun yang lalu.

Di sini, saya ingin kongsikan cara membuka akaun AHB.

Sebelum itu, ingin saya cadangkan bahawa AHB sangat sesuai dijadikan sebagai tabung kecemasan dan juga sinking fund.

Namun, AHB kurang sesuai sebagai dana persaraan kerana agihan (atau dividen) sebanyak 5% tidak mampu menandingi kadar inflasi sebanyak 6% hingga 10% setahun di Malaysia.

Berikut adalah beberapa cara untuk membuka akaun AHB:

1) Walk in ke Maybank, AmBank atau Bank Islam

Hanya tiga wakil bank ini yang menawarkan AHB. Anda boleh bertanyakan kepda pegawai secara terus sekiranya mempunyai persoalan.

2) Login ke Maybank2u

Ini adalah pilihan paling mudah dan senang untuk dilakukan. Boleh dilakukan di mana-mana anda berada dan asalkan mempunyai internet.

3) Aplikasi myAHB

Dahulunya, pelanggan boleh membuka akaun melalui aplikasi myAHB. Namun bermula 1 Julai 2024, aplikasi myAHB sudah tidak lagi digunapakai. Oleh itu, pengguna hanya mempunyai dua pilihan di atas.

Cara buka akaun melalui portal Maybank2u

Berikut adalah cara membuka akaun AHB melalui portal Maybank2u:

Langkah pertama:

  • Login ke akaun anda.
  • Klik ‘My Accounts’. Anda akan nampak tab ‘Wealth’.
  • Klik pada ‘Wealth’.
  • Setelah berada di dashboard Wealth, anda akan nampak pilihan ‘Unit Trust’ di bawah tab ‘My Asset’.
  • Klik ‘Unit Trust’.

Langkah Kedua:

  • Setelah masuk ke dashboard Unit Trust, klik ‘All Unit Trust Accounts’ dan pilih akaun anda.
  • Kemudian, klik tiga titik di sebelahnya untuk melanggan dana. Klik ‘Subscribe Fund’.

Langkah Ketiga:

  • Satu window baru ‘Subscribe New Fund’ akan terpapar.
  • Pergi ke bahagian ‘Fund House’ dan pilih ‘Maybank Asset Management Sdn Bhd’.
  • Untuk bahagian ‘Fund Name’, pilih ‘Amanah Hartanah Berhad’.

Pada tahap ini, anda sudah boleh memahami apa yang perlu dilakukan seterusnya untuk memulakan simpanan dalam AHB.

Dengan langkah-langkah mudah ini, anda kini boleh membuka akaun AHB dan mula menyimpan untuk masa depan anda. Ingatlah bahawa AHB adalah pilihan yang baik untuk tabung kecemasan atau sinking fund, tetapi mungkin kurang sesuai sebagai dana persaraan. Mulakan simpanan anda hari ini dan manfaatkan peluang untuk meningkatkan kestabilan kewangan anda. Selamat mencuba!

Saya harap anda dah jelas dan faham apa yang perlu anda buat selepas ini. Kalau tak pasti juga, boleh lah:

1) DM saya directly

2) Buat Financial Health Check

3) Hadiri mana-mana webinar

4) Hire saya sebagai Financial Planner

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Kembangkan Dana Pendidikan Anak Di Empat Tempat Ini
    Date
    August 24, 2024
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
    Date
    August 25, 2024
  • Di manakah tempat pelaburan yang terbaik di Malaysia?
    Date
    July 11, 2020

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme