Ramai yang masih belum mempunyai akaun AHB, walaupun saya ingatkan dah ramai yang ada. AHB telah dilancarkan sejak 20 Oktober 2010, iaitu hampir 14 tahun yang lalu.
Di sini, saya ingin kongsikan cara membuka akaun AHB.
Sebelum itu, ingin saya cadangkan bahawa AHB sangat sesuai dijadikan sebagai tabung kecemasan dan juga sinking fund.
Namun, AHB kurang sesuai sebagai dana persaraan kerana agihan (atau dividen) sebanyak 5% tidak mampu menandingi kadar inflasi sebanyak 6% hingga 10% setahun di Malaysia.
Berikut adalah beberapa cara untuk membuka akaun AHB:
1) Walk in ke Maybank, AmBank atau Bank Islam
Hanya tiga wakil bank ini yang menawarkan AHB. Anda boleh bertanyakan kepda pegawai secara terus sekiranya mempunyai persoalan.
2) Login ke Maybank2u
Ini adalah pilihan paling mudah dan senang untuk dilakukan. Boleh dilakukan di mana-mana anda berada dan asalkan mempunyai internet.
3) Aplikasi myAHB
Dahulunya, pelanggan boleh membuka akaun melalui aplikasi myAHB. Namun bermula 1 Julai 2024, aplikasi myAHB sudah tidak lagi digunapakai. Oleh itu, pengguna hanya mempunyai dua pilihan di atas.
Cara buka akaun melalui portal Maybank2u
Berikut adalah cara membuka akaun AHB melalui portal Maybank2u:
Langkah pertama:
- Login ke akaun anda.
- Klik ‘My Accounts’. Anda akan nampak tab ‘Wealth’.
- Klik pada ‘Wealth’.
- Setelah berada di dashboard Wealth, anda akan nampak pilihan ‘Unit Trust’ di bawah tab ‘My Asset’.
- Klik ‘Unit Trust’.
Langkah Kedua:
- Setelah masuk ke dashboard Unit Trust, klik ‘All Unit Trust Accounts’ dan pilih akaun anda.
- Kemudian, klik tiga titik di sebelahnya untuk melanggan dana. Klik ‘Subscribe Fund’.
Langkah Ketiga:
- Satu window baru ‘Subscribe New Fund’ akan terpapar.
- Pergi ke bahagian ‘Fund House’ dan pilih ‘Maybank Asset Management Sdn Bhd’.
- Untuk bahagian ‘Fund Name’, pilih ‘Amanah Hartanah Berhad’.
Pada tahap ini, anda sudah boleh memahami apa yang perlu dilakukan seterusnya untuk memulakan simpanan dalam AHB.
Dengan langkah-langkah mudah ini, anda kini boleh membuka akaun AHB dan mula menyimpan untuk masa depan anda. Ingatlah bahawa AHB adalah pilihan yang baik untuk tabung kecemasan atau sinking fund, tetapi mungkin kurang sesuai sebagai dana persaraan. Mulakan simpanan anda hari ini dan manfaatkan peluang untuk meningkatkan kestabilan kewangan anda. Selamat mencuba!
Saya harap anda dah jelas dan faham apa yang perlu anda buat selepas ini. Kalau tak pasti juga, boleh lah:
1) DM saya directly
2) Buat Financial Health Check
3) Hadiri mana-mana webinar
4) Hire saya sebagai Financial Planner