Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Posted on August 25, 2024August 25, 2024 by RC

Dalam perancangan kewangan, memahami konsep pertumbuhan dan pengurusan pelaburan adalah kunci untuk mencapai matlamat kewangan jangka panjang. Salah satu alat yang berguna dalam merancang pelaburan dan penjanaan kekayaan ialah Rule 72. Ia diperkenalkan oleh ahli matematik Luca Pacioli pada tahun 1494.

Rule 72 adalah teknik yang mudah tetapi berkesan dalam memahami compounding effect. Artikel ini akan menerangkan bagaimana Rule 72 berfungsi, cara menggunakannya dalam perancangan kewangan, dan kepentingannya dalam merancang strategi pelaburan yang berjaya.

Anda pernah dengar Rule of 72?

Rule of 72 adalah peraturan asas untuk melabur. Tak perlu tekan kalkulator Time Value of Money. Faham formula di bawah sahaja.

Rule 72 adalah satu formula untuk menentukan berapa lama masa yang diperlukan untuk menggandakan modal pelaburan anda.

Kita ambil contoh ASB. Dengan kadar pulangan tahunan sebanyak 5%, ambil 72 dan bahagikan dengan 5%. Anda akan dapat 14.4. Maksudnya adalah anda memerlukan 14.4 tahun untuk menggandakan pelaburan.

Menurut anda adakah 14.4 tahun itu sekejap atau lama?

Jika anda rasa lama, anda perlu mengambil langkah-langkah di bawah untuk mempercepatkan pelaburan korang berkembang.

Pertama

Selain daripada menggunakan Rule of 72, pastikan anda juga tidak mengambil dividen yang diterima setiap tahun. Biasanya, kita sering mengeluarkan dividen dengan pelbagai alasan, seperti:

  • “Nak merasa dividen”
  • “Kalau tak ambil sekarang, bila lagi?”

Namun, untuk memaksimumkan keuntungan jangka panjang, adalah lebih baik untuk membiarkan dividen tersebut terus dilaburkan.

Ini antara contoh alasan yang saya selalu dengar. Jika dibuat begini, compounding effect tak akan berlaku. Akhirnya, pelaburan anda tak berkembang pun.

Kedua

Untuk membolehkan compounding effect berlaku, anda perlu mempunyai:

  • Kepedulian Kewangan (Financial Concern)
  • Objektif Kewangan (Financial Objective)

Dalam membuat pelaburan, kedua-dua perkara ini adalah penting. Tanpa adanya financial concern terhadap pengurusan kewangan dan objektif yang jelas, adalah sukar untuk mencapai matlamat dan merasai manfaat daripada kesan kompaun.

Ketiga

Tingkatkan profil risiko anda. Ini perlu dibiasakan kerana secara semula jadi, manusia cenderung untuk menghindari risiko dan takut mengambil peluang. Kita semua menghadapi cabaran yang sama, tetapi yang membezakan kita adalah pengetahuan.

Cari ilmu dan maklumat yang boleh mempercepatkan proses menggandakan pelaburan anda dalam masa yang singkat.

Kenapa perlu cepat?

Jangka hayat rakyat 🇲🇾 setakat hari ini adalah 75 tahun. Kita bukan ada masa selama-lamanya untuk hidup. Jadi, perlu merancang kewangan dengan berhemah untuk menjalani objective kehidupan.

Salah satu objektif utama dalam perancangan kewangan dan kehidupan adalah mempersiapkan hari persaraan. Persaraan bukan sahaja menandakan akhir daripada tempoh bekerja aktif tetapi juga permulaan fasa baru dalam kehidupan yang memerlukan perhatian dan persediaan khusus.

Dengan perancangan yang teliti dan disiplin kewangan, anda dapat menikmati hari persaraan dengan ketenangan fikiran, tanpa perlu bimbang tentang masalah kewangan.

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
    Date
    August 25, 2024
  • Kembangkan Dana Pendidikan Anak Di Empat Tempat Ini
    Date
    August 24, 2024
  • Di manakah tempat pelaburan yang terbaik di Malaysia?
    Date
    July 11, 2020

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme