Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Macam Mana Nak Menyimpan & Melabur?

Posted on July 28, 2024August 24, 2024 by RC

Ini dah jadi antara soalan favourite yang sering ditanya kepada saya. Oleh itu saya cuba bantu korang secara asas.

Pertama

Anda perlu ada Financial Concern. Ini adalah masalah kewangan korang. Kalau tiada masalah, macam mana nak selesaikan masalah. Betul atau pun tidak?

Saya beri contoh masalah kewangan:

Macam mana nak kumpul RM 100,000 dalam masa 10 tahun?

Kedua

Selepas mempunyai Financial Concern, anda perlu ada Financial Objective. Financial Objective adalah tujuan kewangan. Memberi sebab mengapa anda perlu menyimpan dan melabur.

Saya berikan contoh tujuan kewangan.

Tujuan adakan RM 100,000 ni adalah untuk jadikan modal down payment rumah pertama

Ketiga

Sekarang setelah ada Financial Concern dan juga Objective, barulah senang untuk kita buat planning. Di sini, korang sangat digalakkan untuk wujudkan belanjawan. Sama juga seperti Belanjawan 2024 yang dibentangkan di Parlimen, kita semua perlu ada belanjawan secara individu.

Setelah ada belanjawan, ianya akan memudahkan korang untuk berfikir dan merancang. Sebagai contoh, selepas tolak komitmen, mungkin akan ada duit lebihan sebanyak RM 2,000 setiap bulan. Jadi, nak buat apa dengan duit lebihan ini?

Keempat

Ok. Dengan mengambil contoh tadi, sekarang duit lebihan yang ada adalah berjumlah RM 2,000.

Sekarang kita telah ada kesemua di bawah.

  1. Financial concern ✅
  2. Financial objective ✅
  3. Belanjawan ✅

Ini juga bermakna:

  1. Masalah sudah ada 🤔
  2. Tujuan sudah ada 🗺️
  3. Jalan pun sudah ada 🛣️

Tapi, adakah kita sudah boleh mulakan financial journey? Tunggu dulu, belum selesai.

Kaedah yang saya ingin kongsikan adalah framework SMART.

Seperti gambar rajah di atas, SMART adalah akronim bagi Specific, Measurable, Achievable, Realistic dan juga Timely.

Specific

Korang perlu menjadi sangat spesifik dengan apa yang dimahukan. Korang inginkan RM 100,000. Tujuan korang inginkan RM100,000 adalah untuk dijadikan sebagai downpayment rumah pertama.

Measurable

Yang kedua adalah measurable iaitu sesuatu yang boleh diukur. Dengan duit lebihan sebanyak RM 2,000 setiap bulan, pastikan untuk mencapai RM 100,000 ini, ianya tidak lah terlalu besar peratusan nya daripada belanjawan bulanan

Hal ini kerana kita juga ada perancangan yang lain juga terutamanya perancangan persaraan. Jadi, hanya sebahagian peratusan sahaja kita boleh peruntukkan untuk sasaran mencapai RM100,000 ini. Sebagai contoh, tidak melebihi 30% daripada duit lebihan.

Achievable

Pada masa yang sama, ukur pula harga rumah yang nak dibeli dengan gaji kita. Di sini rumah yang sesuai dengan lebihan bulanan RM 2,000 adalah rumah bernilai dibawah RM 400,000. Kriteria ini pula menepati Median Multiple dan juga Housing Cost Burden yang disarankan oleh KRI pada kadar kurang daripada 30% gaji kita. Gaji kita di dalam contoh ini adalah RM 10,000.

Realistic

Selepas membayar downpayment rumah, bayaran ansuran bulanan rumah hanyalah RM 1,300 untuk pinjaman selama 30 tahun dengan kadar keuntungan 4.3%. Jumlah ini masih lagi di dalam belanjawan iaitu tidak lebih daripada duit lebihan RM 2,000.

Timely

Di sini bermulanya kira-kira kita. Untuk mencapai RM 100,000 sebagai downpayment rumah pertama, kita perlu:

  1. Melabur setiap bulan RM 500 sahaja
  2. Tempoh, selama 10 tahun
  3. Dengan pulangan minima 8% setiap tahun

InsyaAllah dalam masa 10 tahun, korang akan mempunyai RM 100,000 untuk dijadikan sebagai 10% deposit rumah pertama.

Pada pandangan anda, adakah mudah untuk buat belanjawan?

Saya harap anda menjadi lebih jelas dan faham melalui artikel ini.

  • Facebook
  • LinkedIn
  • YouTube
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Contact us to transform your life and live differently!

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)
    Date
    August 25, 2024
  • Macam mana beli rumah yang sesuai dengan gaji?
    Date
    August 4, 2024
  • Dekat mana nak bayar Zakat Fitrah?
    Date
    August 24, 2024

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme