Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)

Posted on August 25, 2024August 25, 2024 by RC

Artikel ini merupakan sambungan kepada artikel sebelum ini iaitu Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1).

Jika anda sudah baca bahagian pertama, mari teruskan membaca bahagian kedua ini.

Keempat

Untuk menjana pulangan yang tinggi dan cepat, anda perlu memahami pelbagai produk yang tersedia di pasaran modal. Belum ramai yang benar-benar faham atau mempunyai kesedaran terhadap produk pasaran modal.

Untuk pengetahuan anda kebiasaannya, pulangan dari pasaran modal adalah lebih tinggi berbanding dengan tempat konvensional.

Bermula daripada pulangan tahunan (annualised return) 8%, antara produk yang anda boleh pertimbangkan adalah seperti di bawah. Urutan ini adalah daripada risiko paling rendah kepada paling berisiko tinggi.

1) Collective investment scheme

Ia merupakan skim berasaskan Amanah di mana para pelabur akan mengumpul modal pelaburan bagi objektif yang sama ke dalam portfolio collective investment scheme ini. Kemudian, modal pelaburan yang dikumpul ini akan diuruskan dan dilaburkan oleh pengurus dana profesional ke dalam pelbagai aset. Contoh collective investment scheme adalah seperti:

  • Unit Trust
  • Real Estate Investment Trusts (REITs)
  • ETF

2) Pelaburan Saham

Semua orang yang berumur 18 tahun ke atas boleh membuka akaun CDS dan akaun trading untuk mula melabur dalam saham. Apa yang penting adalah pelabur perlu memastikan mereka mempunyai ilmu asas pelaburan saham terlebih dahulu. Jika nak buka akaun CDS dan trading, anda boleh rujuk kepada mana-mana Remiser atau Dealer berlesen. Setelah akaun siap, anda pun boleh mula mencari peluang di dalam:

  • IPO
  • Saham
  • ETFs
  • REITs
  • Waran

3) Digital asset

Aset digital merupakan aset yang berbentuk digital. Antara contohnya ialah:

  • Matawang kripto / Cryptocurrency
  • Initial Exchange Offering

4) Peer 2 Peer

Peer-to-peer (P2P) merujuk kepada model sistem atau platform di mana transaksi atau interaksi berlaku secara langsung antara individu tanpa perlu melalui perantara tradisional seperti bank atau institusi kewangan.

5) Equity Crowd Funding

Satu bentuk pembiayaan di mana syarikat atau perniagaan memohon dana daripada sejumlah besar pelabur melalui platform dalam talian. Melalui ECF, pelabur dapat membeli saham atau ekuiti dalam syarikat yang sedang mengumpul dana, dan sebagai balasannya, mereka berpeluang untuk mendapatkan pulangan dari pertumbuhan dan kejayaan syarikat tersebut.

Secara jujurnya, jika anda tidak mempunyai akaun Unit Trust, kemungkinan besar anda tidak akan melabur di tempat lain. Atau, ada juga yang terus melangkau Unit Trust dan beralih ke produk pasaran modal lain.

Jika berlaku sedemikian, besar kemungkinan anda tergolong di dalam Confirmation Biased Investor.

Kelima

Apabila anda sudah memahami produk dalam pasaran modal, mencapai pulangan sekurang-kurangnya 8% setahun menjadi lebih mudah. Ini adalah matlamat utama pelaburan kita, supaya anda dapat menjimatkan masa.

Keenam

Setelah anda mengenal pasti produk pasaran modal yang sesuai dengan profil risiko anda, anda boleh mula membina aset anda.

Contoh pembinaan aset adalah seperti berikut:

1) Amanah Saham

– ASB (20% pelaburan daripada modal)

– AHB (30% pelaburan daripada modal

– Kenanga (10% pelaburan daripada modal)

2) Stock market

– Shares (10% pelaburan daripada modal)

– IPO (10% pelaburan daripada modal)

3) Digital asset

– Cryptocurrency (10% pelaburan daripada modal)

4) Peer 2 Peer (5% pelaburan daripada modal)

5) Equity Crowd Funding (5% pelaburan daripada modal)

Beginilah sepatutnya kita susun aset untuk fasa pembinaan dengan tidak hanya tertumpu pada satu produk pelaburan sahaja. Selain daripada mengawal risiko pelaburan, kita juga sebenarnya cuba meningkatkan potensi pulangan.

Jika anda melabur dalam satu produk pelaburan sahaja, wang anda tidak akan bekerja secara maksimum. Dividen sebanyak 5% tidak akan cukup untuk mengatasi inflasi.

Jika anda perlukan bantuan, anda boleh hubungi saya dan saya akan cuba membimbing anda.

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme