Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Kenapa Financial Health Check Penting Untuk Anda?

Posted on July 21, 2024July 21, 2024 by RC

Untuk memastikan tahap kesihatan diri sendiri, kita digalakkan membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Betul tak? Ia adalah untuk memeriksa sekiranya kita mempunyai sebarang penyakit yang belum diketahui. Sekiranya terdapat sebarang penyakit dikesan, sekurang-kurangnya ia dikesan pada peringkat awal.

Itu adalah untuk kesihatan. Bagaimana pula dengan kewangan kita?

Sama seperti pemeriksaan kesihatan, begitu juga lah dengan kewangan. Perlu dibuat sekali setiap 5 tahun. Ia bertujuan untuk memastikan aliran tunai sihat.

Dengan tahap kewangan yang sihat, percayalah kehidupan kita pun akan lebih tenang dan jauh daripada stress yang akhirnya dapat membantu kita mencapai work life balance. Sangat penting ya.

Tahukah anda yang telah banyak kes pekerja meninggal dunia di tempat kerja disebabkan tempat kerja yang toksik. Ia boleh disumbang kerana tahap stress yang melampau. Perkara boleh dielakkan, baik kita cegah seawal yang mungkin.

Untuk pengetahuan anda, anda juga boleh membuat Financial Health Check dengan saya. Jemput rujuk poster ni. Harganya tak mahal pun. RM 30 sahaja untuk sesi selama 30 minit. Scan kod QR di bawah untuk daftar slot anda.

Ok. Sekarang izinkan saya untuk terangkan apa yang saya akan semak ketika sesi Financial Health Check kelak. Perkara yang paling penting adalah saya akan semak aliran tunai anda. Aliran tunai boleh dibahagikan kepada 4 perkara utama, iaitu:

  1. Pendapatan
  2. Perbelanjaan
  3. Aset
  4. Hutang

Pertama: Pendapatan

Bahagian pendapatan atau pun income, saya akan perhatikan berapa jenis pendapatan yang masuk setiap bulan. Rata-rata, kita ada 1 jenis punca pendapatan sahaja yang dapat saya perhatikan. Selalunya makan gaji lah. Di sini juga, saya akan minta anda kongsikan Potongan Cukai Berkala yang dibayar kepada majikan setiap bulan.

Kedua: Perbelanjaan

Setelah menyemak perbelanjaan klien, banyak perbelanjaan yang sesuai dan tidak sesuai dapat diperhatikan. Selalunya perbelanjaan yang tidak sesuai adalah:

  1. Salah beli rumah
  2. Salah beli kereta
  3. Sumbangan perlindungan yang tinggi dan jumlah perlindungan yang kecil
  4. Hutang Personal Financing dan juga Kad Kredit

Ini antara kelaziman nya. Ramai yang salah membeli rumah dan juga kereta pertama kerana terikut-ikut dengan “saranan” di media sosial. Tidak salah untuk baca tetapi sebelum disesuaikan dengan keadaan kewangan kita. Cuba dapatkan pandangan pihak ketiga seperti Perancang Kewangan Berlesen.

Kenapa?

Ini supaya hutang selama 5, 9 dan 30 tahun tidak akan membebankan poket kita.

Ketiga: Aset

Selalunya saya agak terkejut bila tiba di bahagian ini. Percaya atau tidak apabila ditanya tentang aset, rata-rata akan cakap mereka belum ada aset lagi. Setelah ditanya lagi sekali kalau ada KWSP atau ASB, barulah mereka tahu itu dianggap sebagai aset.

Di sini juga, ramai tidak menyusun aset mengikut tertib dengan betul. Sebagai contoh, dari pelaburan ASB, mereka akan terus lompat kepada pelaburan berisiko tinggi seperti saham. Susunan portfolio pelaburan ini sama sekali tidak betul. Mereka mungkin mengharapkan pulangan yang tinggi semata tanpa mengetahui nombor kewangan masing-masing.

Disini juga saya perhatikan ramai yang tiada pelaburan yang bersifat tax exemption dan juga tax relief seperti Amanah Saham dan Skim Persaraan Swasta. Orang ramai sepatutnya lebih mengutamakan pelaburan di sini terlebih dahulu.

Keempat: Hutang

Jika dilihat kepada gambaran yang lebih besar, kadar keberhutangan rakyat Malaysia adalah 89%. Ia adalah sangat tinggi dan disebabkan ini juga, ramai tidak mampu menyimpan di hari tua. Setakat penilaian yang telah dibuat, secara amnya memang tinggi hutangnya dan Debt Service Ratio (DSR) selalunya melebihi 50%.

Bagi yang belum tahu, DSR juga dikenali sebagai nisbah khidmat hutang. DSR adalah formula ratio yang bank gunakan untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman. Kalau DSR melebihi 50%, agak-agak senang lagi tak untuk membuat pinjaman yang seterusnya?

Saya percaya ini disebabkan tahap celik kewangan yang lemah dan terpengaruh dengan cara hidup di sosial media.

Kesimpulan

Jauhi diri anda dari terjerumus dalam tekanan kewangan. Seperti yang saya tekankan di awal-awal tadi, pentingnya financial health check agar sebarang isu kewangan dapat dikesan di peringkat awal. Semak sekarang sebelum terlambat!

Hubungi saya dengan menekan butang WhatsApp di bawah untuk memulakan Financial Health Check korang.

I want to do a Financial Health Check with Ikhwan!

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Apakah Masalah Kewangan Kita?
    Date
    August 11, 2024
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)
    Date
    August 25, 2024
  • Kembangkan Dana Pendidikan Anak Di Empat Tempat Ini
    Date
    August 24, 2024

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme