Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Di manakah tempat pelaburan yang terbaik di Malaysia?

Posted on July 11, 2020July 12, 2020 by TIH

Melabur atau menyimpan? ‘Simpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’. Ayat ini terlalu sinonim dengan rakyat Malaysia. Ibu-bapa gemar memberikan nasihat ini pada anak-anak ketika mereka masih kecil. Tetapi kita jarang dengar tentang pelaburan pada tahun 90 an. Jom kita tengok institusi pelaburan yang ada di Malaysia

Institusi pelaburan di Malaysia

Di Malaysia, terdapat banyak institusi pelaburan dan perbankan yang menyediakan khidmat simpanan dan juga pelaburan. Antara yang mendapat permintaan tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah seperti berikut:

  1. Amanah Saham Bumiputera
  2. Tabung Haji
  3. Simpanan Tetap (Fixed Deposit)
  4. Unit Amanah

Permodalan Nasional Berhad

Permodalan Nasional Berhad, PNB telah diasaskan pada tahun 1978 melalui Dasar Ekonomi Baharu hasil buah fikiran Perdana Menteri ketiga Malaysia iaitu Tun Hussein Onn. Ianya diasaskan bertujuan untuk meningkatkan pegangan Bumiputera di dalam sektor ekonomi di Malaysia. PNB merupakan satu daripada 7 Government Linked Investment Companies di Malaysia [1].

Government Linked Investment Companies di Malaysia

Melalui PNB, Amanah Saham Bumiputera dihasilkan. Dimana modal pelaburan adalah dijamin oleh kerajaan untuk rakyat Malaysia. ASB adalah satu bentuk Unit Amanah dimana harga setiap unit bermula pada harga tetap RM 1.

Struktur pemilikan PNB

Tabung Haji

Seperti juga PNB, Tabung Haji adalah Government Linked Investment Companies di Malaysia. Tabung Haji merupakan syarikat Special Purpose Vehicle yang bertujuan untuk mengumpul dana simpanan secara lansung daripada orang ramai.

Tabung Haji secara dasarnya ditubuhkan oleh Professor Ekonomi di Univesity Malaya iaitu Ungku Aziz berdasarkan kertas kerja yang bertajuk Plan to Improve the Economy of Prospective Pilgrims.

Ianya ditubuhkan kesan daripada sebilangan besar petani berpendapatan rendah Melayu-Islam tidak dapat menyimpan dana yang mencukupi untuk menunaikan haji. Justeru, mereka terpaksa menjual tanah dan haiwan ternakan untuk mengumpulkan dana untuk menunaikan haji.

Struktur Lembaga Tabung Haji

Simpanan Tetap

Simpanan tetap adalah satu bentuk instrumen kewangan yang disediakan oleh pihak bank. Dimana ianya memberikan pelabur kadar faedah yang lebih tinggi daripada akaun simpanan biasa. Pelabur perlu meletakkan simpanan mereka di dalam akaun sehingga tarikh matang.

Simpanan tetap juga dapat melindungi para pelabur daripada kesan inflasi. Secara dasarkan kadar faedah yang ditawarkan oleh pihak bank berkadar lansung dengan Overnight Policy Rate.

Unit Amanah

Unit Amanah adalah satu bentuk pelaburan terkumpul. Dimana para pelabur yang mempunyai matlamat yang sama akan mengumpulkan simpanan mereka. Simpanan ini akan dikumpulkan di dalam satu dana dan diuruskan oleh Fund Manager. Fund Manager ini akan bertindak sebagai ‘pelabur’ yang mewakili para pelabur di bawah jagaannya.

Di Malaysia terdapat 39 Unit Trust Management Companies diikuti oleh 59,613 Perunding Unit Amanah yang berdaftar dengan Federation of Investment Managers Malaysia

Net Asset Value of Unit Trust from 1993 to 2019

Pulangan pelaburan

Jika saya mempunyai RM 100,000 sekarang, dimanakah tempat yang terbaik untuk mulakan pelaburan saya? Itulah persoalan yang sering ditanya oleh para pelabur. Soalan ini terlalu subjektif. Agak sukar untuk dijawab.

Para pelabur wajib menyatakan objektif pelaburan, tempoh masa dan tahap risiko pelaburan yang boleh diterima untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Selepas semua maklumat ini diberikan, barulah jelas untuk memulakan pelaburan.

Ini kerana pelaburan di setiap jenis instrumen adalah sangat berbeza. Sebagai contoh pelaburan jangka masa pendek secara lazimnya mempunyai risiko pelaburan yang rendah.

Berbanding pelaburang jangka masa pendek, pelaburan jangka masa panjang secara amnya mempunyai risiko yang tinggi. Oleh itu, pulangan pelaburan jangka masa panjang membuahkan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding jangka masa pendek.

Pelaburan RM 100,000

Analisa pelaburan

Berdasarkan kepada gambar rajah diatas, pelaburan yang mempunyai risiko tinggi mampu memberikan kadar pulangan yang tinggi kepada para pelabur. Sebagai contoh peratusan compounding adalah seperti dibawah:

  1. Unit Amanah – 18.41% setiap tahun
  2. Amanah Saham Bumiputera – 16.18% setiap tahun
  3. Tabung Haji – 9.47% setiap tahun
  4. Simpanan Tetap – 4.16% setiap tahun
  5. Akaun Simpanan – 0.26% setiap tahun

Bergantung kepada tempoh masa pelaburan, jika pelabur menginginkan pulangan yang cepat dan kurang berisiko, Simpanan Tetap sangat sesuai. Manakala tempoh masa sederhana, pelaburan di Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera sangat sesuai. Diakhiri oleh Unit Amanah untuk pelaburan jangka masa panjang.

Pelaburan di Unit Amanah boleh dilaksanakan menggunakan modal tunai atau pun modal daripada akaun 1 di dalam tabungan Kumpulan Simpanan Pekerja, KWSP.

Kata kunci

Setiap pelaburan mempunyai risiko yang tersendiri. Pelaburan juga memerlukan masa. Semakin tinggi risiko pelaburan tersebut, semakin tinggi kadar pulangan pelaburan di sesebuah institusi. Para pelabur harus membuat langkah bijak dan kesesuaian mereka kepada pendedahan risiko pelaburan tersebut.

Source:

  1. Minister of Finance Incorporated Ownership and Control of Corporate Malaysia
  2. Nationwide Survey Report
  • Facebook
  • Instagram
  • YouTube

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Kembangkan Dana Pendidikan Anak Di Empat Tempat Ini
    Date
    August 24, 2024
  • Apakah Distribution Dalam Amanah Saham?
    Date
    July 28, 2024
  • Apakah Pelaburan Terbaik Untuk Saya?
    Date
    July 28, 2024

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme