Saya sering ditanya dengan soalan berbunyi ‘Encik Ikhwan, apakah pelaburan terbaik untuk saya?’. Pada pandangan saya, soalan seperti ni kurang tepat untuk ditanyakan. Jika soalan tersebut diolah sedikit mungkin menjadi lebih tepat. Sebaiknya soalan tersebut ditanya begini:
‘Pelaburan apakah yang sesuai dengan saya?’
Kenapa soalan ini yang patut anda tanya? Ini penjelasan saya.
Kenali Risk Profile Diri Sendiri
Sepanjang pengalaman saya berkenalan dengan ramai orang, saya perasan ramai orang hanya nampak keuntungan sahaja. Asal dengar tentang pelaburan, ramai mempunyai pemikiran keuntungan mestilah tinggi dan lebih tinggi lebih bagus!
Di sebalik keuntungan tersebut, mereka terlupa yang dalam setiap pelaburan ada risiko nya yang tersendiri. Untuk dapatkan keuntungan, anda mesti mengambil risiko. Itu mantra pelaburan. Tiada risiko, maka tiadalah keuntungan.
Semua jenis alat pelaburan tidak kiralah Amanah Saham, saham, mata wang kripto dan sebagainya, semua mempunyai risiko yang tersendiri. Jika tidak pasti tahap risiko setiap pelaburan, sebaiknya tanya pada yang pakar dan berlesen. Seperti, Perancang Kewangan Berlesen.
Cuba anda rujuk mana-mana prospektus pelaburan, bab risiko pastinya akan diterangkan dengan panjang lebar. Ok. Berbalik kepada risk profile. Risk profile boleh dikategorikan kepada beberapa jenis iaitu risk averse, risk neutral dan risk seeking.
- Risk averse – Individu yang takut dengan risiko
- Risk neutral – Individu yang boleh menerima risiko
- Risk seeking – Individu yang mahukan keuntungan lebih
Risk profile akan menentukan berapa lama tempoh yang diperlukan untuk mengumpul harta dan kekayaan. Dengan mengetahui risk profile masing-masing juga barulah anda boleh tahu apakah alat pelaburan yang sesuai dengan diri kita.
Kenali Inflasi Yang Sebenar
Inflasi sangat menekan kehidupan harian semua orang. Satu kesan inflasi yang ketara adalah pengurangan daya kuasa beli. Bab inflasi ini, saya lihat masih ramai orang merujuk kepada Consumer Price Index, CPI, 3%.
Sebenarnya ia adalah kurang tepat kerana, CPI adalah basket of goods and services bermaksud ia hanya mewakili inflasi beberapa barang dan perkhidmatan. Serta mempunyai pemberat. Inflasi yang sebenarnya adalah seperti rajah di bawah.
Satu cara untuk mengatasi inflasi adalah dengan melabur. Namun, janganlah anda melabur sesuka hati di tempat yang anda tidak pasti. Untuk memastikan duit kita beranak-pinak, kita perlu pilih pelaburan yang boleh bagi keuntungan dari 6% ke 9% setahun atau pun lebih.
Ini kerana bukankah kita ingin mengatasi inflasi?
Buat Peruntukan Aset
Sepanjang saya menyemak aliran tunai prospek ataupun pelanggan, ramai yang akan melakukan perkara seperti di bawah. Contohnya, jika mereka ada simpanan atau pelaburan bernilai RM 100,000, secara lazimnya wang tersebut akan dimasukkan ke dalam:
- 100% ke dalam ASB atau Tabung Haji; atau
- ASB 50% dan Tabung Haji 50%
Tidak salah untuk membuat peruntukan aset atau asset allocation seperti ini. Namun, peruntukan aset seperti ini kurang bekerja keras. Pulangannya boleh menjadi lebih rendah berbanding inflasi. Senang cerita tak boleh melawan inflasi.
Apa gunanya melabur namun kuasa membeli kita semakin berkurang saban tahun kerana pulangan itu tadi tidak mampu melawan inflasi? Cuba, berbanding peruntukan aset seperti contoh di atas tadi, anda boleh lakukan seperti di bawah.
- ASB: RM 50,000 – dengan 5% dividend
- Amanah Saham: RM 10,000 – dengan 8% keuntungan
- Saham: RM 10,000 – dengan 15% keuntungan
- Mata wang kripto: RM 10,000 – dengan 25% keuntungan
- Pendanaan ramai ekuiti: RM 10,000 – dengan 30% keuntungan
- Peer 2 peer: RM 10,000 – dengan 12% keuntungan
Berapa jumlah pulangan anda untuk portfolio seperti ni?
Katakan setiap pelaburan tersebut mampu memberi pulangan berdasarkan contoh jangkaan, secara kasarnya pulangan anda adalah seperti di bawah.
2.5% + 0.8% + 1.5% + 2.5 + 3.0% + 1.2% = 11.5%⁉️
Kalau dulu-dulu anda biasa meletak 100% di dalam ASB atau pun TH, dengan portfolio seperti ini ia berpotensi memberikan pulangan yang lebih berbanding kebiasaan. Selain daripada peruntukan aset yang membantu anda untuk mempelbagaikan pelaburan, ianya juga akan membantu anda:
- Jimat masa ⏳
- Kurang berisiko ⚠️
- Pulangan tinggi 📈
Belajar sesuatu? Jangan lupa follow TIH dan subscribe di kesemua media sosial kami untuk mendapatkan ilmu kewangan yang berkualiti daripada seorang Perancang Kewangan Berlesen