Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Apakah Masalah Kewangan Kita?

Posted on August 11, 2024August 11, 2024 by RC

Sepanjang 2 tahun berkecimpung sebagai seorang Licensed Financial Planner, sudah banyak masalah yang dapat saya perhatikan berkaitan kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Berikut merupakan beberapa masalah kewangan dalam masyarakat kita.

  1. Tidak dapat membezakan Aset dan Hutang

    Semasa saya membuat Financial Health Check, hampir 50% orang tidak dapat membezakan Aset dan Liabiliti.

    Sebagai contoh, kereta dan rumah yang diduduki sekarang merupakan aset.Kedua-dua ini merupakan aset yang tergolong di dalam Real Asset dari sudut pandangan kewangan.

    2. Kegagalan untuk melihat duit sebagai alat untuk mengumpul harta

      Seperti yang ramai berkata di dalam media sosial, kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita miliki. Di dalam Islam, Maqasid Syariah sangat mengutamakan pengumpulan harta. Ini adalah untuk tidak memastikan umat Islam tidak terjerumus dalam kancah yang hina dan seterusnya akan merendahkan martabatnya.

      Sebagai contoh, apakah isu yang akan timbul terhadap masyarakat jika tiada rumah dan duit untuk menjalani kehidupan seharian.

      Sekurang-kurangnya, semua orang perlulah mementingkan kepentingan asas kehidupan dan memenuhi bahagian asas kehidupan seperti berikut dalam kadar yang tidak berlebihan atau sederhana;

      • makan dan minum
      • tempat tinggal
      • pakaian

       Bagaimana cara untuk berbelanja dengan sederhana? Kita perlulah mengetahui dan mengenal pasti nombor-nombor atau jumlah perbelanjaan dalam kehidupan seharian.

      3. Celik Kewangan

        Baru-baru ini, saya telah melihat sebuah poster di mana seorang Influencer telah berkongsi contoh alat-alat bagi beberapa perkara ini;

        • Dana Kecemasan (ASB, Tabung Haji dan MAE)
        • Sinking Fund (ASB, Tabung Haji dan MAE)
        • Dana Jangka Masa Panjang (ASB, Tabung Haji dan Emas)

        Bagi jangka masa panjang, kita seharusnya perhati pada inflasi. Sebagai contoh, inflasi terhadap seekor ikan kembung adalah sebanyak 6%. Adakah masih sesuai untuk melabur di ASB? Inflasi bagi Murtabak pula sebanyak 9%. Adakah masih sesuai untuk melabur di dalam Amanah Saham?

        Sekiranya kalian masih rasa sesuai, ini membawa maksud bahawa duit kalian tidak bekerja keras. Hal ini kerana duit kalian akan hilang kuasa membeli. Pada masa yang sama, kalian tidak dapat mengekalkan gaya hidup sekarang di masa hadapan.

        4. Networking

          Sekiranya anda memerhati anak-anak golongan orang berada, semestinya mereka sudah mengajar anak-anak mereka untuk bersosial dan cara untuk bergaul dengan orang. Ini merupakan salah satu soft skills yang sangat penting untuk dididik. Mengapa penting? Hal ini supaya anak-anak kita dapat mendaki social ladder. Sekiranya kita bermula dalam golongan B40, anak-anak kita dapat menjadi M40 dan sekiranya kita berada dalam golongan M40, anak akan menjadi T20 dan seterusnya.

          Ini yang digelar Social Mobility. Namun, golongan ibu bapa zaman kini ramai yang mengamalkan vicious cycle, di mana mereka ingin anak-anak mereka untuk mengalami kesusahan yang dialami mereka dahulu.

          Bagi mengeruhkan keadaan, ramai yang menggunakan penyata ini di mana;

          ”Hard time create strong men, strong men create good times, good times create weak men, and weak men create hard times”

          Agama Islam tidak mengajar perkara ini dalam Financial Planning, namun Islam mengajar kita untuk bersedekah dengan keluarga. Apakah jenis sedekah yang boleh kita beri kepada keluarga?

          • Adakah anak-anak sudah mempunyai biasiswa pendidikan?
          • Adakah anak-anak mempunyai insurans perlindungan?
          • Adakah isteri sudah diberi nafkah?
          • Adakah perancangan harta bagi isteri dan anak-anak sudah difikirkan?

          Contoh-contoh di atas merupakan beberapa perkara asas yang perlu dipertimbangkan.

          5. Hutang

            Pada zaman kini, terdapat dua jenis istilah bagi hutang iaitu Good Debt and Bad Debt. Namun, secara asasnya, tiada hutang yang baik. Dalam ajaran agama Islam juga, kita diajar untuk mengelakkan diri daripada berhutang kerana ianya akan membebankan kehidupan kita.

            Namun, dalam dunia hari ini, kehidupan kita hanya berlandaskan hutang. Hutang isi rumah sekarang di negara kita sudah mencapai 89%. Secara tidak langsung, kita sedang mengumpul aset menggunakan hutang.

            Pemikiran orang miskin adalah mereka akan mengambil hutang untuk perkara seperti berikut:

            • Membeli kereta idaman
            • Membeli rumah idaman
            • Membeli telefon idaman
            • Melancong ke luar negara
            • Membeli barang-barang berjenama

            Oleh itu, saranan saya untuk menjadikan sesebuah hutang sebagai Good Debt adalah:

            • Mengambil hutang hanya untuk meningkatkan Net Worth
            • Mengambil hutang untuk meningkatkan pendapatan

            Ini merupakan cara-cara orang kaya berfikir. Hutang perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

            6. Pareto Rule: 80% of results come from 20% of the effort

              Ini merupakan sikap orang Asia kerana Asia masih belum mencapai status negara maju. Oleh itu, cara berfikir bagi orang Asia adalah berlainan dengan negara lain.

              Sebagai contoh, sekiranya penghawa dingin atau mesin basuh telah rosak, adakah anda akan baiki dengan sendiri atau mengupah orang? Semestinya ramai yang akan cuba untuk baiki dengan sendiri dahulu. Sekiranya kita memilih untuk membaiki peralatan yang rosak dengan sendiri, ekonomi negara tidak akan berputar. Hal ini berlaku demikian kerana tiada aliran wang keluar dari rumah.

              Orang lain tidak dapat menawarkan servis atau produk bagi meningkatkan keuntungan syarikat. Seterusnya, syarikat mengupah ramai pekerja dan syarikat ini tidak dapat menyumbang kepada negara melalui bayaran cukai. Akhirnya, ekonomi negara tidak akan berkembang. Ini merupakan situasi negara kita pada masa sekarang.

              Apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah fokus kepada kerja-kerja yang dapat memberikan impak yang tinggi sahaja iaitu 20%. Perkara remeh seperti membaiki penghawa dingin dan mesin basuh, lebih baik untuk kita mengupah orang luar kerana kita dapat menjimatkan masa sebanyak 80%.

              7. Selesaikan masalah adalah cara untuk membuat duit

                Sekiranya ingin cepat kaya, salah satu cara adalah untuk mendalami diri dalam bidang bisnes. Bukan itu sahaja, trading di stock market juga merupakan salah satu cara.

                Namun, kedua-dua cara ini memerlukan kita untuk mengambil calculated risk. Masalah utama sekarang adalah risk profile kita secara amnya adalah risk averse.

                Oleh itu, agak susah untuk mempunyai duit yang cukup untuk menampung kos sara hidup yang tinggi.

                8. Melabur di dalam diri sendiri

                  Sepanjang saya menawarkan servis financial planning dan beberapa webinar, masih ramai yang ingin perkongsian nasihat secara percuma. Ini merupakan mentaliti yang salah dan tidak patut diamalkan.

                  Orang kaya memahami tentang sesuatu nilai. Mereka sanggup melabur untuk diri sendiri kerana bagi mereka, lebih banyak duit yang dikeluarkan untuk pelaburan, lebih banyak kebarangkalian untuk berjaya, terutamanya ilmu.

                  Sekiranya anda ingin menambah ilmu kewangan yang berstruktur, anda boleh menghadirkan diri ke webinar di bawah.

                  9. Duit tidak membuatkan kita menjadi orang yang sempurna

                    Dengan wujudnya duit, anda boleh memilih untuk menjadi orang yang baik atau jahat. Duit merupakan satu bentuk leverage untuk menggandakan status sosial kita.

                    Bukan itu sahaja, duit juga boleh menyelesaikan masalah dan juga membawa masalah dalam kehidupan. Oleh itu, gunakan duit yang ada dengan bermanfaat. Contohnya, perbanyakkan pahala dengan berbakti kepada keluarga.

                    Like this article? Share it with your friends

                    • Post
                    • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
                    • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
                    • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)
                      Date
                      August 25, 2024
                    • Kenapa Financial Health Check Penting Untuk Anda?
                      Date
                      July 21, 2024
                    • Macam Mana Nak Menyimpan & Melabur?
                      Date
                      July 28, 2024

                    Leave a ReplyCancel reply

                    Like TIH? Follow us here

                    Enter your email address below to subscribe

                    Join 15 other subscribers
                    Contact TIH on WA
                    1 / 14
                    Hilir sungai di Sungai Beruk

                    Categories

                    • Asset (1)
                    • Bankruptcy (1)
                    • Economics & Business (18)
                    • Estate Planning (6)
                    • Financial Planner (5)
                    • Financial Planning (34)
                    • Financing (4)
                    • House (1)
                    • Income (3)
                    • Inspiring Story (2)
                    • Investment (13)
                    • Movie (1)
                    • Personal (2)
                    • Private Mandate (3)
                    • Private Retirement Scheme (4)
                    • Research (14)
                    • Saving (8)
                    • Spending (9)
                    • Stock Market (4)
                    • Takaful (6)
                    • Tax (6)
                    • Unit Trust (2)

                    Tags

                    2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

                    Recent Posts

                    • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
                    • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
                    • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

                    Archives

                    • August 2024 (18)
                    • July 2024 (9)
                    • December 2023 (2)
                    • August 2023 (1)
                    • July 2023 (1)
                    • June 2023 (1)
                    • April 2023 (1)
                    • January 2023 (1)
                    • December 2022 (1)
                    • September 2022 (5)
                    • August 2022 (4)
                    • July 2022 (2)
                    • September 2021 (1)
                    • August 2021 (2)
                    • July 2021 (1)
                    • January 2021 (2)
                    • December 2020 (1)
                    • November 2020 (2)
                    • October 2020 (1)
                    • July 2020 (1)
                    • June 2020 (2)
                    • May 2020 (5)
                    • April 2020 (7)
                    © 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme