Skip to content
The Ikhwan Hafiz
Menu
  • Home
  • About
  • Appointment
  • Webinar
Menu

Apakah Distribution Dalam Amanah Saham?

Posted on July 28, 2024August 2, 2024 by RC

Saya perasan ramai pelabur runcit yang tak faham maksud ‘distribution’. Sebenarnya terma sebetul nya dalam Amanah Saham adalah dipanggil sebagai distribution atau pun agihan dan bukannya dividen seperti yang kita sedia maklum. Ia menjadi kekeliruan kerana telah menjadi kebiasaan pelabur runcit menyebutnya sebagai dividen.

Ok, kalau nak tahu begini penjelasannya.

Penjelasan

Mula-mula sekali, pelabur akan melaburkan wang mereka dalam Amanah Saham untuk diuruskan oleh Pengurus Dana Amanah Saham. Sepanjang tahun, Pengurus Dana Amanah Saham akan membeli dan menjual saham untuk portfolio dana dan menjana keuntungan kepada para pelabur.

Kemudian, Dana Amanah Saham akan mengagihkan keuntungan yang terhasil daripada:

  1. Jualan saham
  2. Dividen saham yang terkumpul
  3. Pembayaran faedah/keuntungan bon atau sukuk

Selepas kesemua keuntungan ini ditolak dengan perbelanjaan dana, lebihan ini lah yang akan diagihkan kepada para pelabur di dalam bentuk distribution.

Masih lagi pening? Sila rujuk gambar rajah di bawah.

Kajian Kes

Contohnya, katakan anda melabur RM 1,000 dengan andaian anda membeli 100 unit pada harga RM 10 bagi setiap unit. Anda perlu memegang unit tersebut sehinggalah ex-date. Sebarang pembelian pada atau selepas ex-date tidak akan melayakkan pelabur untuk menerima distribution atau pun agihan.

Selepas tarikh-tarikh tertentu Pengurus Dana akan memberikan distribution kepada pelabur. Ia juga bergantung kepada prestasi dana dan juga mandat pelaburan (perjanjian pelaburan).

Katakan, Pengurus Dana bercadang memberikan distribution berjumlah RM 0.50 untuk setiap pegangan unit. Nilai pelaburan anda sekarang bersamaan dengan:

RM 0.50 x 100 unit = RM 50

RM 1,000 + RM 50 = RM 1,050

Pengiraan di atas adalah secara logik dan untuk pemahaman anda. Tetapi, pengiraan sebenarnya adalah lebih kompleks. Anda digalakkan hadir ke webinar How To Invest On Your Own In Unit Trust dan selepas webinar tersebut barulah akan faham secara menyeluruh.

Berbalik kepada pengiraan tadi, secara asasnya anda akan dapat samada pertambahan unit atau pun duit lebihan setiap tahun melalui distribution. Biasanya pelabur akan ditanya sama ada ingin melaburkan kembali distribution dengan membeli lebih banyak unit atau menerima distribution dalam bentuk tunai.

Inilah kelebihan melabur di dalam Amanah Saham. Anda bukan sahaja akan mendapat keuntungan daripada dana melalui peningkatan modal, tetapi juga lebihan melalui distribution. Serampang dua mata. Sebab itu lah kita sangat digalakkan melabur di dalam Amanah Saham supaya keuntungan dapat dilipat gandakan. Anda mungkin pernah dengar mengenai teknik compounding juga.

Compounding

Compounding adalah kemampuan aset atau wang untuk menjana pendapatan. Yang kemudiannya dilaburkan semula dengan tujuan meningkatkan lagi pulangan. Dengan kata erti lain, compounding merujuk kepada menjana pendapatan dari pendapatan yang terkumpul sebelumnya.

Kaji Dana Amanah Saham

Sekiranya anda kaji dana Amanah Saham dengan betul, saya pasti akan jumpa dana yang boleh memberikan pulangan sekitar 8-10% (annualised return).

Tak percaya?

Cuba tengok kira-kira keuntungan dana di bawah. Peningkatan modal + distribution:

  1. Tahun 2020/2021: 36.36% + 7.63% = 43.99%
  2. Tahun 2021/2022: (11.61%) + 4.63% = (6.98%)
  3. Tahun 2022/2023: 0.75% +5.67% = 6.42%

Sepanjang 3 tahun, pulangan purata anda adalah 14.5%!

Jangan keliru. Ini pulangan purata dan ia tidak sama dengan annualised return. Oleh itu, sasaran pulangan kita secara logiknya adalah 8-10% annualised return. Dalam pelaburan sudah tentu tidak sentiasa berbunga. Ada tahun yang rugi, ada tahun yang untung.

Matlamat Pelaburan

Apa yang penting adalah kita kena tahu matlamat pelaburan. Sebelum mula melabur, tanya diri sendiri dahulu apakah matlamat pelaburan kita. Lagi lama tempoh masa pelaburan adalah lagi bagus. Saya beri beberapa contoh objektif pelaburan seperti di bawah.

  1. Dana pendidikan anak-anak (18 tahun)
  2. Dana persaraan (30 tahun)
  3. Dana haji (10-20 tahun)
  4. Dana perkahwinan (5 tahun)
  5. Dana rumah (5-10 tahun)

Sekarang dah jelas kan?

Jika dari awal lagi kita telah ada objektif bagi setiap pelaburan lebih mudah untuk kita membuat keputusan. Walaubagaimanapun, satu nasihat daripada saya adalah saya sarankan untuk sediakan terlebih dahulu dana kecemasan dan juga sinking fund.

Apabila market dah kurang cantik, sekurang-kurangnya tidaklah terlalu beremosi. Saya harap perkongsian di atas dapat membantu anda menjadi lebih jelas dan faham apa yang perlu dilakukan selepas ini.

  • Facebook
  • LinkedIn
  • YouTube
  • X
  • Instagram
  • TikTok

Contact us to transform your life and live differently!

Like this article? Share it with your friends

  • Post
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
    Date
    August 25, 2024
  • Di manakah tempat pelaburan yang terbaik di Malaysia?
    Date
    July 11, 2020
  • Kembangkan Dana Pendidikan Anak Di Empat Tempat Ini
    Date
    August 24, 2024

Leave a ReplyCancel reply

Like TIH? Follow us here

Enter your email address below to subscribe

Join 15 other subscribers
Contact TIH on WA
1 / 14
Hilir sungai di Sungai Beruk

Categories

  • Asset (1)
  • Bankruptcy (1)
  • Economics & Business (18)
  • Estate Planning (6)
  • Financial Planner (5)
  • Financial Planning (34)
  • Financing (4)
  • House (1)
  • Income (3)
  • Inspiring Story (2)
  • Investment (13)
  • Movie (1)
  • Personal (2)
  • Private Mandate (3)
  • Private Retirement Scheme (4)
  • Research (14)
  • Saving (8)
  • Spending (9)
  • Stock Market (4)
  • Takaful (6)
  • Tax (6)
  • Unit Trust (2)

Tags

2020 Budget Asset Allocation Asset Class Crude Oil Crude Oil Demand Crude Oil Price Crude Oil Production Crude Oil Storage Capacity Depression Developed Nation Economic Barometer Economy Emerging & Developing Economies Engineer EPF Financial Planner Financial Planning Financing Gaji GDP Income Index Inequality Investment Jurutera KWSP Labour Intensive Lembaga Tabung Haji L Shaped Middle Income Trap Oil Price Personal Finance Petroleum Revenue Power Distance Production Throughput Recession Salary Saving Special Dividend Stock Market Takaful Tax Relief Unit Trust U Shaped V Shaped

Recent Posts

  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 3)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 2)
  • Macam mana nak kembangkan modal pelaburan dengan cepat? (Bahagian 1)

Archives

  • August 2024 (18)
  • July 2024 (9)
  • December 2023 (2)
  • August 2023 (1)
  • July 2023 (1)
  • June 2023 (1)
  • April 2023 (1)
  • January 2023 (1)
  • December 2022 (1)
  • September 2022 (5)
  • August 2022 (4)
  • July 2022 (2)
  • September 2021 (1)
  • August 2021 (2)
  • July 2021 (1)
  • January 2021 (2)
  • December 2020 (1)
  • November 2020 (2)
  • October 2020 (1)
  • July 2020 (1)
  • June 2020 (2)
  • May 2020 (5)
  • April 2020 (7)
© 2025 The Ikhwan Hafiz | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme